Penyelidik Beri Amaran Bukti DNA Boleh Dipalsukan !

Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.

Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah danmenambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.

Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.

Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.

Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: ‘Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.

Dr. Frumkin -- yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu – menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti.

Pada peringkat awal, mereka akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.

Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.

Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.

Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.

Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA - satu 'kod bar' genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.

Ahli sains ini telah membina 'perpustakaan' yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari 'perpustakaan' untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.

Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah. Mereka memberi amaran: 'Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh.Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.

'DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.'

Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:

'Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.’

'Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.'

Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: 'Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak'.

'DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.'

10 Bencana Alam Paling Dahsyat !

10 Peshtigo Wildfire,(Oct. 8, 1871)

Juragan pasti belom pernah denger bencana ini, Tapi kebakaran liar yang terjadi di Peshtigo, Wis, menyebabkan hangusnya lebih dari 1 juta are tanah disana. Akhirnya pada October 1871, kebakaran liar ini dinobatkan sebagai kebakaran hebat sepanjang U.S. history. Percikan api ditambah ayunan angin yang kencang sempat membuat "tornado of fire" di tempat kejadian, dan 1,200 orang dicatat telah menjadi korban.

9. Storm of the Century, (March 12-15, 1993)

11 tornadoes, dengan kekuatan badai yang membawa bebatuan es, menghantam seluruh bagian canada, amerika serikat dan cuba, akhirnya karena kekuatan badai yang begitu besar, badai ini hingga sekarang disebut "superstorm." Badai ini menyebabkan kerugian sebesar 6 milyar US$ dan menyebabkan jutaan korban selamat dan 300 korban meninggal.


Hasil foto dari satelit ketika badai berlangsung

8. Great Chilean Quake, (May 22, 1960)


Meskipun gempa yang satu ini bukan gempa yang paling mematikan ataupun paling menghancurkan dalam sejarah, tapi dalam segi kekuatan, gempa ini memiliki kekuatan 9.5 magnitude (bisa dirasakan gan goncangannya, hiiii ) Terjadi di Valdivia, Chili. Gempa tersebut menyebabkan 1,600 orang mati dan 2 juta orang korban selamat.


Gempa ini juga menimbulkan tsunami lho gan!

7. The Super Outbreak, (April 3-4, 1974)

Dari namanya aja udah mengerikan, bagaimana dengan badainya? Yang hanya bisa dijelaskan pada saat itu adalah 148 tornadoes tyang sedang memporak porandakan 13 negara bagian di Amerika. Badai ini tidak berlangsung dalam 1-2jam saja, tapi berlangsung selama 24jam penuh. Akhirnya pada tahun 1974, berita resmi mengumumkan korban meninggal sebanyak 330 orang dan 5,000 orang terluka. Jika 148 tornado tersebut digabungkan, maka akan tercakup badai seluas 2,500 mil/segi.


Jejak dari 148 tornado dilihat dari peta

6. Tangshan, Earthquake, (1976)

Pasti juragan² kalo mikir tentang gempa di china pasti mikirnya gempa di Sichuan yang terjadi pada tahun 2008 ya? Gempa Sichuan menewaskan 69,000 orang. Tapi, meskipun gempa Sichuan sangatlah mematikan, tapi gempa tersebut tidak bisa dibandingkan gempa thangsan pada tahun 1976 di China. Gempa Thangsan menwaskan lebih dari 255,000, bahkan melalui data resmi, korban meninggal ternyata dua kali lipat dari hasil tersebut. Gempa tersebut berkekuatan 7.5 SkalaRichter.


Lokasi Gempa

5. Pompeii, (79 A.D).


Kejadian ini terjadi sekitar 2,000 tahun lalu, yaitu tahun 79 A.D. Ada sebuah Gunung berapi bernama Vesuvius yang akhirnya meletus pada hari itu selama 1 hari penuh dana mengeluarkan abu dan zat racun yang sangat² banyak hingga mengubur kota yang saat itu dinamakan Pompei (peristiwa ini dimanakan pyroclastic flow).

4. Krakatoa (aka Krakatau), Aug. 26-27, 1883

Keitka Krakatau meledak di ledakan ke-4 pada August 1883, the Indonesian volcano of Krakatoa melepaskan 3 kubik mil magma dan sama dengan kekuatan energy 1 bomb atom. Letusannya terdengar hingga Ribuan mil jauhnya. Ledakannya menggemparkan seluruh negara² lautan pasifik, ledakan tersebut menyebabkan seluruh pulau krakatau tenggelam hingga dasar laut dan menenggelamkan lebih dari 100 pulau disekitarnya dan menyebabkan 36.000 korban meninggal, kebanyakan disebabkan oleh tsunamis. Abu dari ledakan Krakatau bahkan sampai ke New York melalui Udara dan Lautan, sehingga menyebabkan penurunan suhu di seluruh dunia selama setahun.



3. Hurricane Katrina and the 2005 Atlantic Hurricane Season


5 Jenis Badai Katrina yang langsung menghajar Gulf Coast pada August 2005 merupakan hal yang tidak asing lagi. Lebih dari 1,800 orang meninggal karena badai Katrina yang menghajar bangunan² disana yang dibangun tanpa bisa menahan kekuatan badai tersebut. 80% daerah New Orleans tergenang oleh air dan daun² dari ranting pohon yang berterbangan sangat jauh. Merupakan sebuah peringatan dari alam agar selalu waspada akan bencana alam yang kita tidak akan pernah tahu kapan datangnya.

2. Indian Ocean Tsunami, Dec. 26, 2004

wekekekekek ada gambar bendera partai demokratnya

Semua peristiwa ini diawali dengan gempa bumi - gempa yang sangat besar. Gempa yang berkekuatan 9.1 SkalaRichter mengguncang Sumetra, yang berada di kepulauan Indonesia. Gempa tersebut terjadi selama 8 menit yang mematikan. Bagaimanapun juga, gempa sebesar itu masih merupakan awal dari segala bencana. Setelah beberapa saat, Tsunami yang tercatat terkuat dalam sejarah pun terbentuk dan menuju ke 14 negara berbeda. Korban tewas sebanyak 230,000 jiwa dan 1.7 juta orang korban selamat. Tinggi level air di dunia sempat naik drastis beberapa kaki dalam beberapa hari, Hal tersebut akhirnya terukir dalam sejarah sebagi tsunami terkuat yang pernah ada.


Tsunami strikes Ao Nang, Thailand.


1. "The Great Flood," (sometime a long, long time ago)


Mungkin saja ini kejadian sejarah atau malah cerita sejarah, bercerita tentang kejadian pensucian seluruh dunia, Banjir mematikan terjadi di seluruh dunia dan kepada seluruh ras di dunia, Dan banyak juga yang selamat berkat Noah's Ark yang berlayar dengan ras Sumerian, Indian and Native American legends dan masih banyak lagi. Dan tentu saja ini merupakan salah satu legenda: yaitu seluruh dunia bersatu! Seluruh pendosa akan mati! Species akan terlahir ulang! Tapi hanya ada satu masalah tentang bencana ini: mungkin saja banjir ini benar² tidak pernah terjadi.


Noah's Ark Ilustration




NASA temui planet paling kecil di luar sistem suria !


Sebuah planet yang terletak 3, 000,000,000,000,000 batu dengan suhu dianggarkan 2,400 F ditemui dan dianggap mustahil untuk didiami oleh makhluk asing.

Planet berbatu itu diberi nama Kepler 10b disifatkan oleh ahli astronomi sebagai penemuan paling hebat dalam sejarah.

Nasa semalam mendedahkan butiran terperinci Kepler 10b, planet paling kecil pernah ditemui di luar sistem suria dan disahkan sebagai planet yang dipenuhi bebatuan.

Planet tersebut dikatakan memiliki saiz 1.4 kali ganda saiz bumi dan mengelilingi sebuah bintang sejauh 560 tahun cahaya.

Planet tersebut dikesan menggunakan Kepler Telescope bernilai £380 juta milik Nasa melalui sistem satelit, selepas pemerhatian selama lapan bulan. Kepler 10b dipercayai memiliki suhu yang sangat tinggi berikutan orbitnya yang terletak begitu dekat dengan sebuah bintang.

Penemuan planet ini disifatkan sebagai kemajuan paling mendalam sepanjang sejarah manusia di dalam bidang astronomi. Ini berikutan ia akan menjadi asas kepada pencarian planet-planet lain di angkasa yang hampir serupa dengan bumi.



jet tentera AS terhempas di Libya

Sebuah jet tentera AS terhempas di Libya setelah mengalami kerosakan mekanikal tetapi dua krewnya berjaya keluar dan selamat, menurut maklumat tentera Amerika pada Selasa (22/3/2011).

Vince Crawley, jurucakap untuk Komando Afrika berkata, kedua-dua krew jet itu hanya mengalami luka ringan dan terpisah antara satu sama lain kerana mereka menggunakan payung terjun untuk keluar dari jet Strike Eagle F-15E pada altitud tinggi, dan akhirnya mendarat di daerah yang berbeza.

Kemalangan itu berlaku pada malam Isnin 2130 GMT dan lokasi sebenarnya tidak diberitahu.

Kedua-dua krew jet itu berjaya diselamatkan, menurut jurucakap tentera.

Pesawat yang berpusat di Royal Air Force Lakenheath, Inggeris, terbang keluar dari Pangkalan Udara Itali Aviano yang menyokong operasi Dawn Odyssey Beroperasi. Punca kemalangan masih disiasat.

Tentera Udara mengatakan hanya jet pejuang B-2, F-15 dan F-16 yang menyertai dalam operasi di Libya. Penglibatan AS di Libya yang sedang dijalankan oleh Komando Afrika itu berpusat di Stuttgart, Jerman.


Bangkai jet pejuang yang jatuh di Benghazi, Libya.

Penduduk tempatan yang berkumpul untuk melihat bangkai jet F-15E Eagle.

Jet ini terhempas dipercayai kerana mengalami kerosakan mekanikal.

Orang ramai melihat peluru berpandu Sidewinder AIM-daripada jetpejuang F-15E.

Bola Sepak: Malaysia vs Kelab Etoile Fc, Singapura 26 Mac 2011-Perlawanan Persahabatan di Astro Arena 801

Wah,, satu lagi perlawanan menjaga maruah yang akan berlansung pada malam ini. Pasukan Harimau Malaya akan menentang pasukan kelab Etoile FC  di Stadium Jalan Besar, Singapura.

KUALA LUMPUR, (D5) - Astro Arena akan mengadakan siaran langsung perlawanan di antara Malaysia dengan Etoile FC.
Perlawanan persahabatan itu akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Waktu bersiaran akan bermula pada jam lapan malam waktu Malaysia, Sabtu ini.
Jangan ketinggalan untuk mengikutinya!


Tarikh   : 26 Mac 2011
Hari        : Sabtu
Masa       : 8 P.M. (waktu Malaysia)
Tempat : Stadium Jalan Besar, Singapura
Saluran : Astro Arena (Channel 801)


Antara barisan pemain skuad Harimau Malaya :
Penjaga Gol – Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Farizal Marlias (Negeri Sembilan), Sharbinee Allawee (Terengganu).
Pertahanan – Mohamad Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Mohamad Fadhli Mohd Shas, (Harimau Muda A), Rizal Fahmi Rosid (Kelantan), Aidil Zafuan (Negeri Sembilan), Sabree Mat Abu, Azmi Muslim (Kedah), Asrarudin Putra Omar (Selangor).
Tengah – K. Gurusamy VC (Harimau Muda A), Baddrol Bahtiar, Amar Rohidan (Kedah), Safiq Rahim, Azidan Sarudin, Amirulhadi Zainal (Selangor), S.Kunalan (Negeri Sembilan), S.Chanturu (Kelantan).
Penyerang – Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A), Ashaari Shamsudin (Terengganu), Shahrizal Saad (Johor FC).

Majulah Sukan Untuk Negara!!.. Semoga pasukan Malaysia menang pada malam ini. Sama2 kita saksikan bersama. Walaupun rangking pasukan tidak akan berubah walaupun menang pada malam ini tetapi maruah itu lebih penting. Yeah!!

#info tambahan. Pasukan Etoile FC ini kebanyakkan dibarisi pemain dari negara Perancis.

Fenomena Pelik Ikan Sardin Akibat Tsunami Di Mexico

Acapulco, Mexico, sekumpulan ikan sardin dilihat berenang secara berkumpulan di dalam keadaan yang pelik. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Kelihatan kumpulan ikan-ikan ini bagaikan tumpahan minyak jika dilihat dari kejauhan.



Nelayan dan orang ramai tidak melepaskan peluang menangkap ikan yang disifatkan mereka sebagai rezeki terpijak. Mereka membawa ahli keluarga dan sahabat handai untuk menyaksikan sendiri fenomena ini sambil memanfaatkan "rezeki terpijak" ini.




Pakar berpendapat ini merupakan fenomena akibat tsunami yang kini sedang melanda Negara Jepun. Subhan Allah.

Matahari Terlihat 2 Di Taiwan (Pelik Tapi Taktaw Benar ka Tak)


TAIWAN: Satu fenomena atmosfera telah mengejutkan ramai penduduk di Taiwan.

Mereka melihat dua matahari berada di kaki langit Pulau Penghu.

Melihatkan kepada fonemena ini, perkara ini hangat dibincangkan selepas gambar imej dua matahari dimuat naik di internet.

Ramai orang yang bertanya mengapa fenomena seperti ini boleh terjadi? Ada beberapa orang yang membuat spekulasi bahawa ia mungkin disebabkan pemanasan global yang menandakan dunia semakin sampai ke penghujung.

Pusat kaji cuaca Penghu menjelaskan bahawa fenomena di pantai Penghu hanya fenomena bayang-bayang.

Bayangan matahari itu adalah disebabkan pembiasan cahaya matahari oleh kristal ais di udara.

"Ini jarang berlaku, terutama ketika 'dua matahari' sangat dekat satu sama lain," kata pengarah pusat kaji cuaca itu lagi.

Dunia Kita Sudah Tua


“Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i, dan Tirmidzi).
Tarikh-tarikh di bawah mungkin tiada kaitan secara langsung dengan datangnya hari kiamat (mungkin ada, Wallahu a'lam), tapi ini merupakan salah satu dari peringatan-peringatan Allah agar sama-sama kita renungkannya… ‘Kun Fayakun!’ ‘Maka jadilah’ segalanya tanpa ada yang mustahil di sisi-Nya….
(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"
(15-1-2010) Gerhana matahari “hari Jumaat”

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"
Juga kaitan ayat Al-Quran dengan pelbagai peristiwa yang telah berlaku. Contohnya gempa bumi di Padang (akhir 2009) jam 17.16,gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Lihatlah pada Al-Qur’an… mungkin tiada kaitan yang pasti, mungkin juga benar-benar diaturkan Allah sedemikian rupa… Wallahu a’lam. Yang pasti, terasa betapa kerdilnya kita di hadapan Allah swt…

17:16 (Al Israa’ ayat 16): 
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya?”

17:58 (Al Israa’ ayat 58): 
”Tiada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)”. 

8:52 (Al Anfaal: 52): “
(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Beberapa tanda kiamat bersumberkan Hadis: 
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah... 
2) Zina bermaharajalela. 
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah... 
3) Bermaharajalela alat muzik. 

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik, etc etc xlarat nak sebut... 
4) Menghias masjid & membanggakannya. 

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ m..masjidnya gah, tapi jemaah xde... 
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan buruk dengan jiran tetangga. 

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ na’uzubillah... berapa ramai anak yang menyisihkan ibu bapa/ meninggalkan mereka di rumah orang tua… 
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa je para ulama'yg tinggal... 
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ kita boleh menilai… 
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa...?! 
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² akan tibanya hari kiamat ialah akan munculnya pakaian² wanita yang apabila mereka memakainya, keadaan mereka seperti bertelanjang'.

~ teruknya fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)... yang bertudung pun macam tak bertudung jea… 
10) Bulan sabit kelihatan besar. 

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya try gi tengok.... 
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ tak kira la orang perseorangan ke, TV ke, akhbar ke, majalah² ke….. 
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 

'Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad 

~ mcm2 kes ... 

Negara Arab menjadi padang rumput & sungai 
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim 

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir... 


Subhanallah... semua tanda-tanda nie dah ada + berleluasa dah pun sekarang... Mohon kekuatan dari Allah... agar kita tidak menjadi 'penyumbang' kepada 'kerisaaun' Rasullullah terhadap perilaku teruk + melampau umatnya kini...